fbpx

Wabak Wuhan: Malaysia Tingkatkan Langkah Berjaga-Jaga

Malaysia: Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) mengetatkan kawalan dan saringan kesihatan menggunakan pengimbas sistem gelombang dan suhu badan di 12 pintu masuk antarabangsa di Johor berikutan singapura melaporkan kes pertama Wuhan virus di negara itu.

Warga China berusia 66 tahun disahkan positif Wuhan virus oleh Kementerian Kesihatan Singapura dan anak lelakinya disyaki dijangkiti virus ini. 9 lagi ahli rombongan warga emas ini dikuarantin dan akan dipantau selama 2 minggu. CPRC kebangsaan yang diaktifkan oleh KKM bagi pemantauan wabak influenza dan pneumonia menerima 4 laporan kes Wuhan virus dalam negara. Namun kesemua kes di sahkan negatif.

Penjagaan kebersihan adalah pencegahan paling mudah terhadap wabak ini. KKM menyarankan langkah-langkah penjagaan :

  • Kerap cuci tangan menggunakan air & sabun

  • Elakkan Bertemu Mereka  Yang mempunyai siptom pernafasan

  • Elakkan makanan mentah atau yang tidak masak

Kementerian Kesihatan berkata imbasan haba di Lapangan Terbang Changi juga akan diperluaskan kepada semua penumpang yang menaiki pesawat dari China dan suspek kes yang didapati memenuhi definisi itu akan dirujuk ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. Setakat ini tiada wabak coronavirus baharu dikesan di Singapura.

Bagaimanapun, berdasarkan jumlah perjalanan antarabangsa yang tinggi ke Singapura, MOH menjangkakan lebih banyak kes suspek dan kemungkinan kes import.“Sebaik sahaja kes disahkan, pengesanan hubungan akan dimulakan, kami akan melaksanakan kawalan ketat, kuarantin dan kawalan jangkitan serta langkah pencegahan penularan wabak itu,”

Sumber – BERNAMA
WhatsApp Saya Nak Bina Rumah!